Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, February 22, 2009

Berpada pada dengan rezeki Allah S.W.T



"Kalaulah saya pun berpangkat besar dan bergaji besar seperti dia.Mengapa hidup saya tidak seberuntung dia.Mengapalah saya dilahirkan miskin begini..." Demikianlah kita selalu mengeluh mengenangkan nasib sendiri dan menggagumi kelebihan yang ada pada orang lain.

Sebagai orang mukmin, sebenarnya kita dilarang untuk menyesali nasib, apatah lagi menyalahkan atau menghina pemberian ALLAH SWT.Apalah sangat ujian-Nya kalau hendak dihitungkan dengan nikmat yang ALLAH SWT kurniakan, sama ada sedar atau tidak, yang pasti tidak mampu dibilang manusia.

Jangan sesekali kesal atau kecewa dengan ciptaan ALLAH SWT sama ada kita mengalami kecacatan, kekurangan dan sebagainya.Jika kita mengeluh, sedangkan kita sedang menikmati rahmat-Nya, bermakna kita tamak dan menutup mata atas nikmat yang telah kita miliki selama ini.

Sebaliknya bersyukurlah dengan apa yang ada kerana setiap manusia sudah ada bahagian masing-masing yang telah dikurniakan ALLAH SWT.Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Lihatlah kepada orang yang lebih rendah daripadamu dan jangan melihat kepada orang yang lebih tinggi.Itulah tembok yang kukuh supaya kamu tidak menghina pemberian ALLAH SWT kepadamu." (Riwayat Bukhari)

Dalam apa jua perkara, kita hendaklah bersifat qana'ah dan sentiasa bersyukur di samping berusaha dan bersabar kerana setiap sesuatu itu ada hikmahnya yang tersendiri.Hayatilah firman ALLAH SWT yang bermaksud, "... Boleh jadi kamu benci pada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu.Dan (ingatlah), ALLAH jualah Yang Maha Mengetahui (semua itu) sedang kamu tidak mengetahui." (Surah al-Baqarah:216)




Kesenangan yang datang

Tak akan selamanya

begitula selepas susah ada kesenangan,

seperti selepas malam datangnya siang,

oleh itu waktu senang jangan lupa daratan..

Gunakan kesempatan untuk kebaikan,

sebelum segalanya terlepas dari gegaman,

kelak menyesal nanti tak berkesudahan,

apa gunanya sesalan hanya menekan jiwa..

Jangan difikir derita akan berpanjangan,

kelak akan membawa putus asa pada tuhan,

ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan ,

setelah kabus berlalu pasti cerah kembali..

Ujian adalah tarbiah dari Allah,

apakah kita akan sama ataupun sebaliknya,

kesenangan yg datang selepas kesusahan,

semuanya adalah nikmat dari Tuhan..

No comments: