Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday, November 8, 2008

7 Tanda Anda Serasi Bersama



7 tanda berikut MUNGKIN dapat membantu anda mengukur keserasian anda dan pasangan. Teliti samada ia wujud atau tidak dalam perhubungan anda berdua....

1. Sering Bekerjasama
- ANDA dan DIA Saling Bantu-Membantu... bukan sahaja dalam hal kecemasan, kewangan
tapi juga dalam hal-hal remeh sekalipun. Paling penting anda dapat lalui segala aspek
kehidupan bersama-sama dengan perasaan yang menyenangkan. Anda berdua boleh
berharap pada pasangan masing2 dlm apa jua keadaan..

2. DIA- selalu ada dalam apa jua situasi

- walaupun kadangkala anda tidak begitu memahami dirinya yang terlalu kompleks atau
terlalu berbeza dengan diri anda namun dia punyai satu keistimewaaan. DIA selalu ada
dalam apa jua keadaan sekalipun..

3. Berkongsi jiwa dan emosi

- Pernahkah ketika anda teringatkan DIA.. telefon anda berdering menerima panggilan
daripadanya? Ini adalah tanda ANDA dan DIA berkongsi deria yang ke-6. Tanda DIA dan
ANDA berkongsi jiwa dan emosi. Perasaan rindu... dapat membaca tindakan dan
menduga reaksi pasangan pada situasi tertentu. INI ADALAH ANUGERAH YANG TIDAK
TERNILAI HARGANYA... ANDA MEMANG DITAKDIRKAN BERSAMA!Malahan sejarah hidup anda atau perkara yang berlaku dala seharian andan dan dia adalah sama. Itu juga pertanda bahawa anda dan dia memang dijodohkan bersama.

4. Tidak bosan bila bersama
- Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari... tidak pernah membuatkan
ANDA dan DIA bosan.. Hati sering berdebar-debar... menanti2... menunggu waktu
untuk bertemu... Emmmmmmmmm...!

5. Jujur - Tiada manusia yang dilahirkan sempurna..pasti ada kekurangannya. Namun petanda
ANDA dan DIA adalah serasi bila ANDA dan DIA tidak malu-malu mengakui kekurangan
diri dan tidak Ego dalam perhubungan..

6.Tak Peduli Kisah Silam
-Yang berlalu biarkan Berlalu... ANDA dan DIA kini bersama... so, Buka Buku Baru!

7. Tiada Rahsia
- Andalah Kekasihnya... Andalah Jugalah Sahabat Karibnya.... Masing-masing meluahkan rahsia yang mungkin sebelum ini tidak pernah anda ceritakan kepada orang ramai tetapi anda dan dia berkongsi masalah..ini adalah satu pertanda yang baik.

No comments: