Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, October 31, 2008

KAHWIN : Apabila lelaki lebih muda dari wanita



“Tak mengapa kalau isteri tua, nabi pun berkahwin dengan wanita yang lebih tua juga …”, begitulah kebanyakan orang apabila mendengar seorang lelaki muda akan berkahwin dengan wanita yang lebih berumur daripadanya. Mereka mengatakan begitu sambil merujuk dengan perkahwinan Rasulullah dan Khadtijah.

Itu mungkin bukan kebenarannya!

Terdapat pendapat-pendapat daripada kajian ulama moden yang Khadtijah r.a. sebenarnya masih muda, sekitar umar 20an ketika berkahwin dengan Rasulullah.

“Baihaqi telah memetik daripada Hakim iaitu apabila Rasulullah mengahwini Khadtijah r.a., baginda s.a.w. adalah berumur dua puluh lima tahun dan Saidatina Khadijah r.a. berumur tiga puluh lima tahun, dan ada pendapat lain mengatakan usianya dua puluh lima tahun.” (al-Bidayah, Jilid II, m/s 295)

Di tempat lain , Hafiz Ibn Kathir mengatakan usia Saidatina Khadtijah r.a. pada masa kewafatannya, sebagaimana berikut: “Usia Saidatina Khadijah mencapai 65 tahun. Satu pendapat mengatakan beliau meninggal pada usia 50 tahun. Dan pendapat ini (iaitu 50 tahun) adalah yang benar.” (al-Bidayah wan Nihayah, Jilid II, m/s 294)

Ulama Hadis dan ahli sejarah bersetuju bahawa Saidatina Khadtijah r.a. menjalani hidup sebagai isteri Rasulullah s.a.w. selama 25 tahun dan beliau r.a. meninggal dunia pada tahun ke-10 Kerasulan. Hafiz Ibn Kathir berkata; ‘pendapat yang benar adalah usianya mencecah 50 tahun’ telah membuktikan bahawa usia Saidatina Khadijah pada masa perkahwinannya ialah 25 tahun.

[ Umur meninggal - tahun hidup bersama nabi = umur kahwin dengan nabi ]

:: 50 - 25 = 25 tahun

Hafiz Ibn Kathir telah membuktikan bahawa ‘maklumat’ yang diterima pada hari ini (iaitu umur Khadijah r.a. 40 semasa berkahwin dengan Rasulullah s.a.w. ) adalah salah dan tidak benar sama sekali..

Kesimpulannya, syarak tidak melarang lelaki berkahwin dengan wanita yang lebih berusia. Namun, jangan kisah perkahwinan Rasulullah dan Khadtijah dijadikan alasan kerana riwayat tentang umur Khadtijah ketika perkahwinan itu masih boleh dipertikaikan.


Wallahu’alam.

7 comments:

prettyugly said...

kalau dah jodoh terima je kannnnn...skrg pun dah ramai lelaki muda yang lebih matang......yang penting bahagia selamanya....:)

aDhA said...

betul tu..jd pesepsi kia skrgpom perlu berubah..jgn lg berada di takuk yg lama

kusukaindie said...

ni smua pasal da suke..
lagi2 soal hati..
org bukan tau hati org len..
so bile da suke..
de feeling..
teruskan..
doakan la muge2 disatukan..
sbb jodoh tuhan da tentukan..
tp kte ne cari jugak...
yg penting..
terime seadanye ttg pasangan kamu,,
xkire die mude atau tue dari kite...
sbb perasaan xkenal usia,,,
tapi 2 la..
org xcaye kat org lebey mude ni,,,
sbb die igt kite main2...
padahal..
kite mmg serius...
cume xtau cmne nk tunjukkan kat die..
harapkan die ley phm kite...
tp xpela..
bkn sng nk phm org..
lau die da angap kite main2..
2 anggapan die...
tp yg pasti,,,
kite suke sama dia....

aDhA said...

perhh.....ayat kusukaindie....jiwangnyer..btul tu..wnita ni kdg2 xpcaya cinta seorg laki yg lbh muda..tp lain org lain pndapat..mcm tgh pengalami aje..huhu

sTarQuEEn said...

tapi, lelaki yang tua sebenarnya lebih pandai melindungi dan mengambil hati teman wanitanya yang lebih muda..bukanlah nak rendahkan lelaki yang muda,tapi kadang2 apa yang dikatanya tak boleh dicapai dengan perbuatanya sekali..sifat lelaki yang lebih berumur agak matang berbanding dengan lelaki yang muda.contohnya dalam berkomunikasi..mereka hanya ckp benda yang perlu, daripada merepek yang bukan2..sy boleh buat perbandingan dengan kwn2 lelaki saya..yang muda pulak,janjinya setinggi gunung, ayat2nya boleh mencairkan kutub utara dan kutub selatan...tapi bila dah berubah...ape yang dicakap semua tu dah terlupa dah...apa2 pun dua2nya tetap lelaki...kdg2 lelaki ni tak kira tua atau muda, sama jer perangai..senang ceritalah...kan adha kan? sokong tak?? kaum2 perempuan laungkan pendapat anda tentang lelaki...sedarkan kesilapan mereke...adiossszzz

aDhA said...

btul2..hakikatnya org sndri jk diberi pilihan ingin memilih lelaki yg lbh tua. Selain daripada matang, sikap tanggungjawab itu lebih. Klu kita ini gile2, xkan kitepom nk cari yg sama2 giler2 nga kiter. Oleh itu, kesamarataan itu adlah lbh pnting. Lelaki lbh tua dr kita membuatkn kite lbh menghormati jika di dalam sesuatu hubungan. Berbanding dengan lelaki yang lebih muda.Sikap hormat kita menbuatkan kita mengganp pasangan itu adalah ketua. Kadang2 lelaki ini juga tidak boleh d percayai sgt..Yelah, mcm becko cakap..dua2 lelakikn..xleh nk lari msti da psmaan prangai. Sbb itu, apabila lelaki mula buat ayat kat pompuan..kita angguk ajer..tp dlm kpala kena gajet itu semua adlh tipu....Wanita harus bangun...Jangan mudah mnjd mangsa lelaki...hakikatnya lelaki ini suka menyeksa prasaan wanita.....................ADIOSS!!

sTarQuEEn said...

JENG..JENG..JENG...TAK BAIK PULA KITA MENGHUKUM SEMUA LELAKI DEK KERANA PERBUATAN SEGELINTIR KAUM MEREKA.. ADA JUGA YANG TETAP BERHATI PERUT DENGAN PERASAAN WANITA NI..TAPI SETAKAT NI LAH...SAYA MASIH BELUM MENJUMPAINYA KECUALI AYAH SAYA...HEHEHE AYAH SAYA SEORANG YANG SETIA PADA ISTERINYA YANG TELAH 16 TAHUN MENINGGALDUNIA...SINGLE DAN MAINTAIN MENJAGA 4 ORANG ANAKNYA...TAPI TU LELAKI DAHULU...LELAKI ZAMAN SEKARANG ADA LAGI KE YANG BERJIWA SETIA?? ADE KER?? ADE KER?? MACAM TAK NAMPAK PON...PANTANG NAMPAK POMPUAN CANTIK JER...PENING KEPALA DAH NAK BUAT PILIHAN...ISKH..ISKH..ISKH...CUBALAH TETAPKAN IMAN MU WAHAI KAUM LELAKI...AGAR KESETIAN SEORANG LELAKI INI AKAN TERUS DIPANDANG TINGGI DI MATA WANITA...